Cara Lulus Pinjaman Perumahan Tanpa Slip Gaji

70% orang yang bekerja sendiri susah untuk lulus pinjaman perumahan. Alasan yang sama bank berikan iaitu pendapatan tidak tetap dan tiada slip gaji. Sebenarnya jika anda tahu caranya, bekerja sendiri sebenarnya lebih mudah untuk lulus pinjaman perumahan. Ini berita baik sebenarnya untuk anda yang pernah kecewa bila pinjaman gagal.

pinjaman perumahan
pinjaman perumahan

Saya tak akan berkongsi cerita ini kalau saya tak lalui sendiri. Pengalaman saya kecewa lagi teruk dari anda. Saya hampir putus asa sehingga sanggup minta bantuan menggunakan nama orang lain untuk membuat pinjaman perumahan. Nasib baik bank buat peraturan baru sekarang ni. Nanti saya ceritakan..

Apa yang sedang anda rasa, saya sangat faham. Sampai bila nak menyewa. Saya pernah menyewa lebih dari 10 tahun. Alangkah ruginya masa berlalu begitu sahaja tanpa saya berusaha dari awal

Untuk anda INILAH MASANYA. Kerana lebih baik tahu sekarang daripada bertangguh-tangguh. Dengan pengetahuan yang akan saya kongsikankan ini, anda akan memiliki seberapa banyak rumah sendiri. Saya 100% yakin anda boleh lakukannya. Ya. Memang senang sebenarnya. Ikut sahaja cara yang akan saya tunjukkan ini.

Bagaimana pengalaman saya ini boleh memberi manfaat kepada anda?

Pengalam saya ini adalah short cut untuk anda memiliki seberapa banyak rumah yang anda idamkan.

Rahsia untuk maju kehadapan adalah dengan bermula sekarang.

Milan Doshi

Tak kesah jika perniagaan anda sekarang tak terlalu ‘sukses’. Walaupun pendapatan bulanan anda cukup-cukup makan. Anda tetap masih boleh membeli rumah sendiri.

Ramai yang kata mesti berniaga lebih 2 tahun. Semua tu bukan ukurannya lagi jika anda benar-benar serius untuk melakukannya.

Jangan biarkan anda kecewa sekali lagi. Berusahalah sampai berjaya. Kali ini biar saya bersama anda dalam melalui proses yang betul membuat pinjaman perumahan. Anggaplah bekerja sendiri satu kelebihan, hanya jika anda tahu caranya.

Bagaimana caranya?

Biar saya perkenalkan kepada anda 3 Kunci Rumah yang patut anda buka satu persatu sebelum anda masuk ke dalam rumah idaman anda. Sekiranya anda mempunyai 3 kunci ini, InsyaAllah rumah manapun anda boleh masuk.

Kunci 1. Mohon Satu Bank Akaun Semasa (Bank Current Account)

Kebanyakan bank akan memberikan pertimbangan yang serius kepada individu yang mempunyai akaun semasa berbanding dengan pemohon yang cuma mempunyai akaun simpanan biasa. Tidak kira apa jenis akaun yang anda miliki, sebarang pendapatan dari perniagaan anda mesti didepositkan ke akaun bank anda.

Sesetengah bank mempunyai pengiraan bodoh untuk mengira pendapatan yang masuk ke dalam akaun anda sebagai pendapatan kasar walaupun ia adalah pendapatan bersih. Jadi anda perlu pastikan bank itu tahu. Bank perlu melihat pendapatan anda yang terbaru sekurang-kurangnya 3 bulan dan ada juga bank yang minta akaun pendapatan sehingga 6 bulan.

Kunci 2. Menyumbang kepada KWSP dan Memiliki Deposit Tetap(Fixed Deposit)

Melainkan jika anda boleh menyumbang KWSP setiap bulan berterusan, anda boleh tunjuk rekod ini bila yang buat pinjaman rumah. Simpan rekod sumbangan KWSP selama 2 tahun adalah disyorkan.

Terdapat banyak penjaja pasar malam yang tidak mempunyai slip gaji, tetapi mereka ada sumbangan KWSP dan ada simpanan wang deposit tetap. Jadi ini memudahkan mereka memohon pinjaman di bank yang sama sebab bank itu sudah mempunyai semua rekod kewangan mereka.

Kunci 3. Mempunyai Rekod Kredit Yang Baik

Ini bermakna anda selalu membayar semua pinjaman atau kad kredit anda tepat pada masa. Sekiranya anda mempunyai kad kredit pastikan anda mengekalkan tahap yang sihat dan cuba yang terbaik untuk mengelakkan belanja sampai had kredit. Adalah lebih baik untuk anda bayar sebanyak mungkin dan kurangkan kad kredit yang anda ada.

Kenapa Gagal Untuk Mendapat Pinjaman Perumahan

Saya tak faham kenapa pihak bank sangat PILIH KASIH dengan orang yang tiada PAYSLIP sedangkan aliran tunai jauh lebih baik daripada mereka yang makan gaji. Kalau nak kata bank takut kita tak mampu bayar bulanan. Saya rasa itu bukan alasan sebab bank tahu peniaga mesti ada duit masuk tak kira waktu.

Sebab tak puas hati itulah saya turun naik bank semata-mata nak interview pegawai yang terlibat, apa masalahnya. Hampir semua bank saya kunjungi. Saya sanggup beratur ikut giliran hanya untuk bercakap dengan pegawai yang terlibat. Soalan yang nak ditanya pun saya dah sediakan. Akhirnya

Dapatlah saya simpulkan, hampir semua BANK tak jauh beza cara pemprosesannya. Semua mereka terikat dengan polisi Bank Negara. Maka tak tahu ‘Teknik Mudah‘ tersebut membuatkan bank tolak pinjaman saya. Alangkah ruginya saya dulu

Setelah saya tahu caranya barulah saya berjaya mendapatkan pinjaman bank untuk rumah kediaman saya sekarang. Sebuah semi-D berharga RM423,000 dengan hanya menggunakan pinjaman atas satu nama sahaja.

Bank-bank Yang Menawarkan Pinjaman Perumahan

Selain daripada ini, terdapat juga banyak bank dan syarikat yang mengeluarkan skim pembiayaan peribadi yang amat menarik, Antaranya termasuk syarikat MBSB yang menawarkan pinjaman peribadi di mana anda boleh rujuk untuk mengetahui maklumat yang selanjutnya jika anda sedang mencari pinjaman tersebut untuk keperluan wang.

3 Comments on “Cara Lulus Pinjaman Perumahan Tanpa Slip Gaji”

  1. Salam cik, bolehkah cik share dengan bank mana cik buat pinjaman perumahan tersebut. Sebab saya pun sedang mencari bank untuk buat pinjaman perumahan menggunakan akaun bank syarikat. Terima kasih.

    1. Dulu pakai Bank Rakyat. Tapi syarat-syarat bank makin berubah. Lebih baik cik tanya sama bank utk info yang paling latest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *